
Buku ini membincangkan tradisi pengebumian keranda kayu balak di Lembah Kinabatangan, Sabah. Bukti arkeologi dari kajian terdahulu dan terbaru mendapati bahawa Lembah Kinabatangan merupakan pusat tumpuan tradisi pengebumian keranda kayu balak di Sabah. Sehingga kini, banyak tapak gua dan pelindung gua batu kapur yang mengandungi ratusan keranda kayu balak telah ditemui di sepanjang Sungai Kinabatangan. Kajian usia secara saintifik dengan kaedah radiokarbon mendapati bahawa tradisi pengebumian keranda kayu balak di Lembah Kinabatangan telah bermula seawal 1,000 tahun dahulu dan ia masih lagi diamalkan oleh masyarakat Sungai dan Murut yang mendiami di sekitar Sungai Kinabatangan.
Page Count:
88
Publication Date:
2012-01-01
ISBN-10:
9838615382
ISBN-13:
9789838615389
No comments yet. Be the first to share your thoughts!