
Syarahan ini menyentuh aspek politik dan bukan politik pendudukan Jepun di Asia Tenggara, termasuk yang kurang mendapat perhatian para pengkaji, selain isu-isu yang masih diperdebat oleh pelbagai pihak. Antara tema yang disentuh termasuk pandangan orang Jepun terhadap pendudukan Jepun di Asia Tenggara, memori (ingatan) orang tempatan terhadap pelbagai aspek zaman Jepun, Jepun dan manipulasi agama, politik persubahatan dan kerjasama, tentera kolonial dan antikolonial, wanita dan zaman Jepun, dan promosi zaman Jepun dalam memori kebangsaan. Syarahan ini berasaskan penyelidikan yang dilakukan sejak awal tahun 1980-an hingga 2005 di Melbourne, Canberra, London, Tokyo, Malaysia dan Singapura, selain pemerintahan ke atas Vietnam, Indonesia, Thailand dan Filipina. Aspek politik kerap menjadi tumpuan dalam kajian berhubung pendudukan Jepun di Asia Tenggara sepertimana dalam naratif sejarah kebangsaan, buku teks mahupun representasi visual di muzium. Walau bagaimanapun, aspek bukan politik (seperti budaya) perlu diberikan perhatian kerana aspek ini turut memberi kesan kepada perkembangan politik selepas tahun 1945. Persepsi orang Jepun terhadap rantau ini adalah pelbagai, daripada yang cuba memahami kehendak nasionalis tempatan kepada yang cuba menghidupkan sebuah empayar Dai-Nippon (Jepun Raya) di rantau Asia Tenggara dan Asia Timur. Kepelbagaian juga merupakan ciri penting memori tempatan terhadap pendudukan Jepun. Apa-apa pun juga, andaian bahawa penduduk peribumi bersikap positif terhadap Jepun kerana mereka merupakan "kelompok utama yang mendapat manfaat dasar Jepun" ternyata tidak tepat. Jepun turut memanipulasi agama Islam dan Buddha untuk tujuan politik yang tiada kaitan dengan agama ini atau penganutnya. Elit agama turut menjadi mangsa manipulasi walaupun di Jawa golongan kiai lebih berjaya mendapat konsesi yang menguntungkan mereka. Persubahatan atau kerjasama merupakan isu penting yang masih diperdebat. Walaupun begitu, isu ini perlu dilihat daripada kaca mata mer
Page Count:
146
Publication Date:
2007-01-01
ISBN-10:
9838613290
ISBN-13:
9789838613293
No comments yet. Be the first to share your thoughts!