
Malaysia berkongsi bahasa, budaya dan mempunyai persamaan agama yang cukup jelas dengan Indonesia. Elemen ini membuktikan pengukuhan sejarah hubungan antara kedua-dua buah negara yang berjiran dan disifatkan sebagai serumpun dan bersaudara. Berasaskan faktor geopolitik, tidak dinafikan, sebarang perkembangan di Indonesia memberikan impak kepada Malaysia dan begitu juga sebaliknya. Buku Malaysia-Indonesia: Kepelbagaian Sudut Pandang berupaya dijadikan satu landasan bagi memahami, sejarah persamaan, cabaran hubungan dan isu-isu semasa di kedua-dua buah negara. Sebagai rumusannya, hubungan Malaysia-Indonesia perlu diperkasa bagi memastikan kesinambungan sejarah hubungan antara kedua-dua buah negara di alam Melayu ini berterusan. Perkara ini menjadi satu keperluan yang sangat penting bagi kedua-dua buah negara dalam mengharungi cabaran pembentukan negara bangsa dan pembangunan global.
Page Count:
187
Publication Date:
2012-01-01
ISBN-10:
9670474302
ISBN-13:
9789670474304
No comments yet. Be the first to share your thoughts!