
SINOPSIS Komik AQIL & ROBOT mengisahkan Aqil yang dibesarkan oleh dua orang abangnya selepas kematian kedua ibu bapanya. Dua orang abangnya, Tuah dan Jebat mempunyai fizikal yang berlainan dengan Aqil. Mereka berdua merupakan separuh manusia dan separuh robot. Bapa dan ibu mereka merupakan saintis dan bapa mereka pakar dalam bidang teknologi robotik. Tuah dan Jebat telah terlibat dalam kemalangan bas sekolah dan tubuh mereka hampir hancur. Bapa mereka berusaha menyelamatkan kedua-duanya dengan menggunakan hasil ciptaan teknologi robotik terhadap mereka berdua. Kematian kedua-dua ibu bapa mereka berunsurkan dendam. Namun kematian mereka tidak mematikan dendam terhadap keluarga tersebut sebaliknya anak-anak mereka iaitu Tuah, Jebat dan Aqil menjadi galang gantinya. Demi mendapatkan formula rahsia bapa mereka, Aqil dan abang-abangnya telah diserang oleh Sang Gelap yang juga merupakan separuh manusia dan separuh robot. Kehadiran Sang Gelap turut merungkai kisah dan kebenaran yang disimpan oleh kedua abang Aqil selama ini. Apakah kisah disebalik ciptaan robotik bapa mereka dan apakah formula rahsia yang begitu penting bagi Sang Gelap?
Page Count:
112
Publication Date:
2018-01-12
ISBN-10:
9830977218
ISBN-13:
9789830977218
No comments yet. Be the first to share your thoughts!